Tauge Masak Lemak Putih
today i'm in a good mood. so i decided to cook some delicious food for my husband...
bagi surirumah yang mahukan masakan yang simple dan cepat resipi ini sangat sesuai. Hanya 10 minit sahaja siap di masak..
Bahan-bahan :
Tauge besar
carrot
daun kucai
tauhu putih
bawang besar (hiris)
bawang goreng (hiasan)
santan cair
Penyediaan:
Masukkan santan, carrot dan bawang ke dalam periuk.
Buka api dan masak hingga mendidih.
Masukkan daun kucai dan tauge
Masak sekejap. Perasakan dengan garam.Tutup api.
Taburkan bawang goreng masa menghidang.
Tips:
Masa mula memasak santan dikacau selalu supaya tidak berketul. Masakan ini tidak guna minyak.